Aku
hanya ingin menjadi milikmu selamanya
tapi aku ingin engkau tahu bahawa aku hanya WANITA BIASA
Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak...
Terima kasih kerana telah memilihku antara ribuan bidadari di luar sana
yang siap untuk kau pilih. Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita
biasa, yang sangat jauh daripada sempurna. Kerananya aku ingin kau tau,
aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan.
Maka ketahuilah...
Kepadamu yang akan memilihku kelak...
Aku tak sebijak bonda Khadijah, kerananya aku ingin kau tau, aku boleh
saja berbuat salah dan membuatmu marah. Maka aku mohon kepadamu,
bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah kepadaku, nasihati aku dengan
hikmah, kerana bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani aku
menderhakaimu…
Duhai kau yang telah memilihku kelak....
Ingatlah, tak selamanya aku dapat nampak cantik di matamu, ada kalanya
aku akan terlihat begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu
sibuk di dapur untuk menyiapkan makanan untukmu dan malaikat-malaikat
kita nanti -InsyaAllah-. Maka, aku akan nampak kotor dan berbau asap.
Atau kerana seharian aku harus mengurus istana kecil kita, agar kau dan
malaikat kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat.
Mungkin aku tidak sempat berdandan untuk menyambutmu pulang dari kerja,
atau kau akan mendapatiku mengantuk di saat mendengar keluhan dan
ceritamu. Bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu meluahkan segala
rasamu, tapi semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak
sedetikpun tertidur kerana harus menjaga malaikat kecil kita yang
meragam, dan aku tahu kau letih mengais rezeki untuk kami, maka aku tak
mahu mengusik sedikit pun lelapmu. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku
begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum
kepadaku, kerana kau adalah kekuatanku.
Kepadamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak...
Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah. Ada kalanya kau akan mendapatiku
begitu marah, menangis dan tak terkawal, bukan kerana aku membangkangmu,
tapi aku hanya wanita biasa.
Aku juga memerlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat
untuk melepaskan penatku. Mungkin saat itu aku tak menemuimu, atau kau
begitu sibuk dengan pekerjaanmu. Maka bersabarlah, yang aku inginkan
hanya belaianmu kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu
memadam segala resahku.
Kepadamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak...
Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah. Maka jangan pernah bosan
mengajarku, membimbingku ke arah-NYA. Jangan segan membangunkan aku di
sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat kepada Kekasih yang Maha
Kasih. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang
pahala dalam amalan-amalan sunnah. Bimbing tanganku ke Jannah-NYA agar
kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.
Kepadamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku...
Seiring berjalanya waktu, kau akan mendapati rambutku yang dulu hitam
legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan
mulai keriput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar. Dan kau tak akan
mendapatiku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang
lalu. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu. Maka jangan
pernah berpaling daripadaku kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan
sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku
kepadamu...
Ketahuilah...
Tiap hari, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu
jatuh cinta kepadamu. Maka cintailah aku kerana-NYA, dengan apa adanya
aku.
Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.
Aku hanya wanita biasa.
(◡‿◡✿)
Ya Allah, kurniakanlah kami cintaMu, kurniakanlah kepada kami cinta
orang yang cinta kepadaMu, kurniakanlah kami cinta apa sahaja yang
menghampirkan cinta kami kepadaMu. Aminnnn....♥♥♥
khas untuk insan yg tersayang :))
No comments:
Post a Comment